Pages

02 October 2011

ikan keli HARAM dan ikan keli HALAL . eh ade plak mcm tu ?





(agak2 korang bley bace tak ? cik fadh copy paste je nih, tu jadi lagu nih)

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.


Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halalHaram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 


· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.



share dr fesbuk Tok Wan 2






perghhhh tros tekak jadi kembang bile bace ni . betol atau tidak tu belakang citer lar tp bila bace part goreng ikan keli mesti meletop2 sbb bnyak lemak, mak aihhhhh cik fadh mmg penggemar tegarr ikan keli . since sekarang mmg agak kerap memasak dirumah, menu utama kalo membeli barang basah mmg WAJIB IKAN KELI !!!! tekak xnak kalah, ikan kembong, ikan segala ikan xnak, tekak nak ikan KELI jugak . 

time goreng ikan tu xya cakap lar, meletop2 ikan tu, memercik-mercik minyak smpai ke dinding, lantai dapur pown xya cakap lar . masuk je ikan kt dlm kuali, cik fadh mmg melompat2 lar elak minyak pakai pinggan pakai dulang bagai . masya Allah, dan tangan ni mmg da bnyak berparut-parut dek kerna goreng ikan KELI . goreng lain ok jer plak . kt dlm freezer tu ade lg sekor ikan melingkar kejung, igt nak masak ler mlm ni tapi tekak da kembang, alamatnyer sedekah kt housemate ler, kalo housemate xnak, TONG SAMPAH dekat jer kan kan..

percaya atau tidak, betol atau tidak, masuk akal atau tidak, TEKAK mmg da KEMBANG . xmo dah xmo dah xmo dah !

hope bertahan la nafsu dr makan IKAN KELI nih !


15 comments :

PinKy MoMMa said...

erksss baru tau..tapi betuk ke ni dik? dah la feberet tu ikan keli goreng cili..perghhh leleh abis huhu..

cik fadh said...

tu la kak . fadh pown suka tp ni ade plak org share pasal ikan keli ni, terkena plak part goreng2 tu tros kembang tekak dibuatnyer..;(

ZaNa aDieyZa said...

betul ke ni? adoi, akk pun suka ikan keli.. bila cik fadh ckp pun akk dh rasa kembang cikit tekak ni.. x tau la pulak pasal hal ni sampailah bacan entry ni..

cik fadh said...

ermm abis la sumer da kembang tekak nk mkn ikan keli . hik hik ..

tp kalo fikir rasional pown mmg da bnyak kali dengar pasal org bukan islam yg bela ikan kolam mcm ni tp hati ni tolak mentah2 sbb da kalah dengan rase ikan keli yg best kan . now da kembang tekak..

rara pinkmafia said...

eeeuuuuwwww email ni membuatkan rara jd tak nk mkn ikan keli.eeeuuuwwww geli.

cik fadh said...

haha kembang tekak kan..aduhhh !

keabadianchenta said...

kalau mcm tu smua lah haram..
haram bg yg thu..
kalau owg yg xthu mcm ne lak an..

cik fadh said...

ermm tatau tu mane syg tau . tp stiap perkara yg kiter tatau sesuatu tu haram bile kiter memakannyer ia xkan berdosa kan sbb kiter tatau..

Asmara said...

menu wajib ada kat cafe tu kan. hehe.. agak2 boleh tak tnya tukang masak tu beli kat ne. ngee..

wahida said...

nasib baik aku tak mkn ikan keli...tapi laki aku mkn...nak bgtau info ni kat dia..

tengs share info ni..

cik fadh said...

kak asmara : haha kt kafe mmg wajib ade, dan menu tu la mmg wajib pilih . adoyaiii kalo la bley tnye mane Raf Azizah beli kn best . hik hik

cik fadh said...

sis wahida : ha pas kt laki akak tgok kembang x tekak die nak makn nnt . hehehe..

MrS. F!zA said...

huhu..kalo kt rumah akk tk pnh lg msk ..kalo kt kafe ni ada jgklah beli n mkn..huwaa

cik fadh said...

huwaaa ! hik hik..xpe, mgkin kt kafe akak ikan keli tu mkn yg baek2 saje..harap2 mcm tu lah kan ;)

farhanasalime said...

bab meletup time goreng tu tak boleh nk kata keli tu tak halal 100% sebab dulu time kecik abah akk suke jala ikan sungai and selalu sngkut keli kt jala. and keli sungai pun meletup satu dapur gak bile goreng. tp rasenye yg boleh dibuat panduan bile nk beli keli, bentuk kepala die. sbb mmg boleh nmpk beza mcm yg fadh ckp kt ats tadi. wsalam