Pages

18 December 2013

Enam Cara Menceriakan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum semua..

Hari ni agak free sbb bos oustation lagi..bahagianyer hujung tahun gini oih ! hihi..fadh baru lepas belek2 majalah Inspirasi Perkhwinan Edisi Januari 2014..advance ni ! haha..tertarik pada nota ekstra majlis..fadh share kat sini ea khas tuk semua b2b 2014 mana tau konsep ni bole diguna pakai mase wedding korang nnt tuk ceriakan lagi majlis kan kan..

1) Karoeke

Memang mana2 majlis kahwin mmg xsah kalo xde karoeke atau band. So gunakan karoeke ini tuk libatkan semua orang dan layan tetamu sambil menyanyi. Sesekali hulurkan mikrofon dan minta mereka untuk menyanyi sama. Sesekali hulurkan mic  dan minta mereka menyanyi sama. Pasti akan tampak meriah. Ada satu wedding cik fadh penah pg, die book 1 band ni so complete la penyanyi die tp dr awal die nyanyi smpai la 3 petang..penyanyi band tu je nyanyi, dr suara sedap aku dgr smpai naik menyampah dan bosan plak dok dgr hang je nyanyi..ade jgk tetamu mcm nk g book lagu berdiri skit punye lama knon nk bg hint, tp boo layannnn...so korg2 kalo order band siap penyanyi ni, ckp la kt dorg, bg peluang sesekali tuk tetamu menyanyi..baru lah meriah..nk2 lagi kalo bg org kg. nyanyi..rosakkan suasana? ermm terpulang pd korang nk anggap mcm tu, tp yg korg fikir rosakkan suasana tu kadang2 bole bagi kenangan pada tetamu..huhu

2) Permainan Siapa Dia

Buat kelainan dengan mengambil gmbar salah seorang tetamu.  Selepas itu minta tetamu yang lain mencari pemilik gambar tersebut.  Jika berjaya, berikan hadiah kepada mereka. Lebih kreatif jika gambar tersebut tidak penuh contohnya hanya mengambil gmbar separuh muka ke, gmbr belakang je ke..haaaa mcm2 cara la..best gak idea ni tp mst nk kene guna projector, screen tuk slide sume kan..

3) Tarian Flash Mob


Seminggu sebelum majlis, upah seorang kareografer tarian untuk mengajar beberapa orang teman rapat dan ahli keluarga anda cara untuk menari. Pada hari majlis berlangsung, pasangkan muzik secara tiba2 dan libatkan semua tetamu untuk menari bersama-sama..ok aku suka idea ni, tp kalo buat kt dewan maybe sesuai..dorg menari dkt depan stage tu kan..then trik la mokcik2 korang sume menari sekali..mst meriah !!

4) Pertandingan

Ciptakan satu pertandingan untuk tetamu yang hadir.  Contoh, susun aiskrim secara bertingkat tanpa menggunakan kon mengikut kreativiti.  ermm aku xfaham ! haha...xpe2, mcm2 pertandingan korang bole buat, fadh penah tgok dorg buat game tuk org kendarat..game cari brg la..cari siapa pakai hp 3310 la..haha mmg kecoh time tu..best !

5) Cabutan Bertuah


Pastikan tetamu yang hadir mencabut nombor yang disediakan sebelum masuk dewan atau khemah perkahwinan.  Kemudian, minta pengacara majlis mengumumkan pemenang. Tidak semestinya hadiah yang besar diberikan, yang kecik pown da ok..org tetap tggu nombor bertuah dorang naik ! hihi

6) Tayangan video kisah cinta

Sebagai mengimbau kenangan kisah cinta pasangan pengantin, tayangan video dan gambar sejak kecil sehingga disatukan.  Tanyangan tersebut pasti meninggalkan nostalgia buat pasangan dan juga tetamu yang hadir.  Tak pown korang buat tayangan video pre-wedding korang ke, atau video nikah korang, tu pown kalo sempat videographer korang edit..hihi

Ok dat's all..so korang bole try mane2 satu cara tuk memeriahkan suasana wedding korang nnt..majlis sekali seumur hidup, selain meninggalkan kenangan kpd kita sekeluarga, boleh tinggalkan kenangan kepada tetamu jga..try it !!



3 comments :

Yna said...

tengah pikir jugak ni nak buat apa utk menceriakan suasana majlis nanti..

msredcheesecake said...

da terlambat...akk da kawen..hhee

DHHassan said...

best jugak idea ni