Assalamualaikum...
Aku baru trima berita sedih semalam..kawan aku sama2 belajar di poli PD dlu, sama2 b2b yang suka sharing2 persiapan kawen kami dan sama2 sedang menghitung hari bahagia kearah hubungan yang halal 3bulan lg..kawan aku Mastura baru shaja kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan jalan raya selepas pulang dari membeli barang persiapan kawin..(ini aku dengar dari kawan2 aku crita) Paling menyedihkan kami semua kawan2 di FB, mereka baru sahaja amik gambar pre-wedding minggu lepas..sungguh gmbar2 yang diambil cantik2 belaka dan terserlah kebahagiaan mereka berdua..itu yang buat lagi terkesan dgn perpisahan mereka di dunia..in syaAllah syurga menanti utk cinta mereka berdua bersatu di syurga..
Sedih bukan kepalang kalau aku ditempat mas..mas lebih teliti buat persiapan kawin mereka berbanding aku..mereka benar2 bahagia dan aku selalu mnta pendapat mas nk bt persiapan kawen..ye lah aku ni kan terlewat sgt nk buat persiapan kawen..bnyak benda aku takot terlepas pandang..sebab tu jgk lately mcm rapat skit dgn mas walaupun kami dkt poli dulu bukanlah kawan yang rapat sbb berlainan kelas..
Tapi kuasa Tuhan, kita hanya merancang tapi Dia sebaik2 perancang..Ajal maut ditangan Tuhan..sungguh aku sendiri mengalirkan air mata saat terbaca post dr Mas di FB..sampai aku menggigil dan cik JM kol, berkali2 aku cakap tolong la jangan tinggalkan aku..merayu2 berlinang2 airmata..sebab mase aku ade msalah dgn cik JM dlu, aku fikirkan perkara ni..aku asik fikir knape cik JM berubah, diamkan diri dan nampak murung..adakah dia rase die mmg tak lama lagi dlm dunia ni, die nak aku benci die supaya aku xmeratap pemergian die..smpai mcm tu sekali aku fikir..bukan aku nk die pergi, nauzubillahiminzalik..cma aku igtkan mati..tu saja..
Dengarnya arwah seorang yang suka membantu dan baik hati..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..aaminn yaAllah..
Kepada Mas, aku pasti die menunggu kau disyurga seperti mana ape yang die sebut2 saat2 akhir die nak kan kau jadi ketua bidadarinya disyurga kelak..semoga cinta korang berdua bersatu disyurga nan abadi..kuatkan sahabatku...aaminn yaAllah..

Al-Fatihah kepada Arwah Muhamad Ridhwan Abd Razak..

