Kisah nie berlaku disuatu kawasan pedalaman di
sebuah negeri (NAMA TEMPAT YG SEBENAR TIDAK DIDEDAHKAN) di negara Malaysia kita,
seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah
meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik,
namanya Minah.
Minah
membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang
ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk
mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan
di dalam akhbar
untuk
mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman
memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang
beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan
seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon
jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah
seorang dari mereka.
Setelah
menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk
bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal
bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu
demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan
rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat
kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan
semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.
Kerana
ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman,
kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin
bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan
tekanan kerja..."
Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia
pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang
ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman
pulang kerumah..
Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang
menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka
butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.
Leman
dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang
diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
Leman buat, perlahan sekali.
"Buka,
setokin ku.."
Dia
buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa
yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah
dan menanggalkannya.
Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali
lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian MILIK aku, aku pecat kau on the spot."
Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa
? Lu pikirla sendiri he he...
2 comments :
hikhik....
lawak2
adeh pic tu *tepuk dahi*
hihi..pic tu yg paling lawa fadh ketemukan..
Post a Comment